Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

 

     

Dunia Melayu lama merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, sebahagian negara Thai, Kampuchea dan Filipina. Oleh itu, terdapat banyak persamaan dari segi sejarah, jenis, fungsi, struktur alat dan persembahannya.

Pengelasan alat muzik Melayu:

Ensembel

Kategori

 

Istimewa:

Penghargaan

Versi B.Inggeris

 

Alat-alat muzik Melayu sangat berkait rapat dengan asal-usul (latarbelakang pemuzik asal) dan kebudayaannya. Selain itu, alat-alat muzik melayu dan seni muziknya banyak menerima pengaruh dan mempunyai keupayaan assimilasi yang tinggi dengan pelbagai unsur luar seperti Asia (India), Asia Tengah (Negara-negara Arab) dan Eropah (Britain dan Portugal).

Kumpulan alat-alat muzik Melayu ditentukan melalui fungsi muzik atau bentuk persembahan alat tersebut. Selalunya alat-alat muzik tradisional dimainkan mengiringi bentuk-bentuk kesenian yang lain seperti nyanyian, teater, dan majilis/upacara adat Melayu dan dimainkan sama ada secara ensembel (berkumpulan-terdiri daripada alat-alat sama atau berlainan jenis) atau solo.

Secara umumnya, pengelasan alat-alat muzik Melayu boleh dibuat melalui cara ia dimainkan (ensembel atau solo) dan bagaimana bunyi muzik daripada alat tersebut dihasilkan iaitu mengikut  kaedah Erich von Hornbostel dan Curt Sachs (1914). Kaedah ini boleh digunakan untuk mengelaskan apa sahaja alat muzik dan menjadi rujukan pakar pengkaji muzik etnik pada masa kini. Kaedah ini membahagikan alat-alat muzik kepada empat kategori utama iaitu aerofon, idiofon, kordofon dan membranofon.

Kepelbagaian alat muzik tradisional Melayu melambangkan kekayaan warisan dan keunikan identiti etnik terbesar di Malaysia ini. Oleh itu, dengan memahami alat muzik Melayu akan membolehkan kita memahami corak sosiobudaya dan pemikiran kaum Melayu, dan seterusnya meningkatkan kesefahaman dan mengeratkan lagi jalinan hubungan di antara etnik-etnik yang lain.

  

Disediakan oleh:

Zahrati Ibrahim (A94202)

Zahrati_ibrahim@yahoo.com

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, elektronik dan sistem

Universiti Kebangsaan Malaysia