Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Aerofon

Dalam kategori aerofon, bunyi dihasilkan melalui getaran udara (biasanya di dalam instrumen). Instrumen atau bahagian tertentu padanya, dibentuk (selalunya tiub atau set bertiub) supaya getaran berlaku pada satu tempoh dan pitch tertentu. Dalam kategori aerofon pula dibahagikan kepada sub-kategori mengikut apa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan getaran udara tersebut iaitu:

Ilustrasi oleh Margaret Jones

Rajah: melodian, mempunyai kaitan dengan akordian dan concertina, adalah sejenis aerofon bebas reed

1.1    Wisel atau siulan - Udara ditiup pada hujung tajam suatu instrumen (seperti rekoder dan wisel polis).

1.2    Instrumen tiupan yang berlubang - Udara ditiup merentasi hujung tajam pada lubang tiupan. Apabila instrumen berbertuk tiub, lubang tiupan boleh berada pada bahagian akhir hujung atau sisi ("sideblown" seperti seruling).

1.3    Jenis "reed" atau mempunyai tabung seperti buluh - Getaran reed yang akan menggetarkan udara. Bagi instrumen dengan reed tunggal (saksofon) dan reed berkembar (oboe), reed adalah sebahagian daripada pemipit (mouthpiece). Dalam bagpipe dan instrumen bebas-reed (harmonika dan akordian), reed tunggal atau reed berbilang berada di dalam instrumen itu sendiri. Setiap reed mewakili pitch yang berbeza.

1.4    Pemipit instrumen jenis cup - Pemain muzik akan mendesingkan (buzz) bibir kepada pemipit untuk menghasilkan getaran bunyi dalam instrumen (bugel - trompet tentera, conch shell - hon yang berbentuk seperti cengkerang siput).

1.5    Paip organ - paip-paip organ mempunyai hujung tajam seperti kumpulan wisel tetapi paip diisi dengan udara yang bukannnya dari mulut atau hidung pemain.

1.6    Free-aerophones - instrumen yang menghasilkan bunyi daripada getaran udara di sekelilingnya, bukan melalui getaran udara dalam instrumen.

Instrumen muzik melayu yang berada dalam kategori aerofon ialah serunai, nafiri, seruling hidung (turali - nose flute), selumprit, keluri dan sompoton (mouth organ).