Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

 

Angklung

 

Pengenalan

Tradisi kesenian muzik angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Angklung mula mendapat perhatian pada 1938 apabila Daeng Soetigna dari Bandung (Barat Jawa) mempelbagaikan notasi angklung kepada skel diatonik daripada skel muzik tradisi pelog atau slendro (skala pentatonik lima not). Sejak itu angklung mula dimainkan bersama-sama instrumen dalam orkestra muzik barat dan memainkan lagu-lagu moden.

Bagi satu tangga nada angklung terdapat satu oktaf (lapan not) di antara satu sama lain, dan bagi angklung pengiring iaitu accompaniment, ianya perlu dilaras mengikut kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama ada dalam mode Major ataupun Minor. Proses penalaan Angklung dilakukan dengan cara ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya.

Fungsi

Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor. Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah angklung digunakan untuk memainkan mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alat-alat lain dari disiplin Gamelan.

Cara Bermain

Angklung merupakan alat Idiofon yang dikocak (shake). Lazimnya angklung terdiri dari dua hingga empat tabung buluh yang diikat pada suatu bingkai buluh yang dikenali sebagai 'ancak'. Tapak bingkai angklung dipegang dengan sebelah tangan manakala tangan yang satu lagi menggoncang bingkai tersebut ke kiri dan kanan dengan pantas. Bunyi suatu not muzik akan terhasil. Setiap bingkai menghasilkan satu not muzik sahaja maka angklung merupakan salah satu alat muzik yang perlu dimainkan secara ensembel dengan tiga atau lebih angklung dimainkan untuk membunyikan satu not. 

Berikut merupakan animasi angklung dengan not C yang digoncangkan. Klik tetikus pada butang 'DEMO PLAY' untuk mendengar bunyi angklung terhasil.      


 

Animasi berikutnya menunjukkan angklung pada pada satu skel C Major. Klik tetikus pada butang 'DEMO PLAY' untuk mendengar bunyi-bunyi angklung pada skel tersebut.