Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Bonang (gamelan Terengganu)

Bonang atau kromong mengandungi 10 gong kecil yang berbonggol (knobbed) di tengahnya dan disusun dalam dua baris di atas suatu tali yang tergantung pada rak segiempat. Bonang merupakan alat idiofon yang dibunyikan dengan memukul bahagian berbonggol dengan pengetuk khas yang berbalut pada hujungnya. Bonang merupakan alat terpenting dalam esembel gamelan Terengganu yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu). Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama pada baris pertama diketuk sebelum rentak dan kedua pada baris yang lagi satu selepas rentak.

Rajah: Set bonang