Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

ENSEMBEL (MUZIK BERKUMPULAN)

Mengikut Mohamed Ghouse Nasuruddin dalam bukunya Muzik Tradisional Malaysia (halaman 4), muzik berkumpulan melayu boleh dibahagikan kepada gabungan alat dan fungsi muzik dalam setiap bentuk persembahan.

Secara umumnya, kumpulan ini terdiri daripada :

1.    Kumpulan muzik yang mengandungi alat-alat Idiofon yang mengiringi persembahan teater, tarian, ataupun yang hanya dimainkan untuk menghasilkan muzik instrumental untuk persembahan kepada golongan bangsawan dan mengiringi majlis-majlis adat. Contoh dari kumpulan ini adalah:

Angklung

Caklempong

Gamelan

2.    Kumpulan gendang (rebana) utama terdiri daripada gendang pelbagai saiz yang menghasilkan muzik instrumental di samping nyanyian korus atau tarian. Kumpulan gendang atau genderang dalam masyarakat Melayu sinonim menggunakan zikir untuk memuji Tuhan dan Nabi Muhammad S.A.W dan pada masa sekarang kumpulan ini sering dipersembahkan sempena majlis perkahwinan, pesta kebudayaan, hari keputeraan sultan dan hari Kebangsaan. Contoh dari kumpulan ini adalah:

Kompang

Hadrah

Rodat

Dabus

3.    Kumpulan yang mengiringi bentuk persembahan tari atau teater yang mengandungi tiga kategori alat muzik iaitu Aerofon Idiofon dan Membranofon. Contoh dari kumpulan ini adalah:

Wayang kulit

Nobat