Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Gambang (gamelan Terengganu)

Gambang adalah sejenis alat muzik idiofon yang diperbuat daripada kayu keras seperti cengal, medang atau dari batang nibong. Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 20 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya dan tebalnya. Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan sebatang paku. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau ( pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain. Alat pemukul ini juga dikenali sebagai 'mallet'. Cara permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak mengikut not-not lagu. Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam. Tidak seperti saron, bunyi pada bilah-bilah kayu gambang tidak perlu diredamkan.

Pelajar sekolah bermain alat muzik gambang