Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Gendang (gamelan Terengganu)

Rajah: gendang (klik pada gambar untuk muat turun sampel bunyi)

Gendang merupakan satu-satunya alat membranofon yang menjadi tunggak dalam setiap persembahan gamelan. Gendang adalah alat penting untuk memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi tidak lengkap. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang pada ensembel gamelan berbentuk seperti tong. Rangkanya diperbuat daripada batang pokok seperti nangka, cempedak atau batang kelapa yang sederhana besar. Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada kulit kambing, lembu atau kerbau. Sebelah tepi gendang dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang.