Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Gong (gamelan Terengganu)

Rajah: Set gong gamelan Terengganu slendro

Gong adalah sejenis alat muzik idiofon berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam ensembel persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Dalam ensembel gamelan Terengganu slendro terdapat enam gong tetapi pada set biasa hanya terdapat dua gong iaitu gong suwukan dan gong ageng. Gong ageng mempunyai pitch yang lebih rendah daripada gong suwukan dan kebiasaannya akan membunyikan beat terakhir bagi satu kitaran struktur lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.