Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Idiofon

Berbeza dengan aerofon, getaran pada instrumen muzik itu sendiri yang menghasilkan bunyi. Idiofon disub-kategorikan mengikut kaedah menggetarkan instrumen seperti:

 

 

Rajah 1: Loceng

Rajah 2: Dram besi (steel drums)

Ilustrasi oleh Margaret Jones

Loceng dan dram besi adalah idiofon jenis perkusi

2.1    Perkusi - dipukul dengan kayu, pemukul, atau alat pengetuk (loceng, dram besi, caklempung, gong, bonang, saron, kenong, gambang)

2.2    Idiofon berkocak (shake) - contohnya angklung, maracas dan loceng jingle (jingle bells).

2.3    Idiofon gegaran/goncang (concussion) - dimainkan dengan melagakan di antara satu sama lain (kastenet, claves - berbentuk seperti tulang, canang, cing, kesi, cymbal)

2.4    Idiofon bergeser (friction) - bunyi terhasil apabila digeser

2.5    Idiofon penggores - dimainkan dengan menggores kayu kepada permukaan takukan atau yang berkerut (guiro, washboard)

2.6    Idiofon yang dihentak - hentakan pada permukaan tanah, lantai, atau permukaan keras yang menghasilkan bunyi (kasut tap tergolong dalam kategori ini)

2.7    Idiofon yang dipetik - mempunyai lidah daripada logam atau buluh yang bergetar apabila dipetik (jew's harp, mbira or thumb piano).