Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

KATEGORI

Pengenalan

Menurut artikel yang ditulis Catherine Schmidt-Jones  oleh yang bertajuk "An introduction to a classification system for all musical instruments", terdapat dua kaedah untuk mengelaskan suatu instrumen muzik. Kaedah pertama adalah mengikut orkestra Barat (Western orchestra) iaitu instrumen dikelaskan mengikut empat kumpulan utama yang terdiri daripada alat bertali (strings), alat bertiup (woodwinds), alat muzik dari tembaga (brass), dan perkusi. Walaupun kaedah ini diketahui umum, kadangkala pengelasan agak sukar dan mengelirukan kerana alat-alat muzik tradisional Melayu terdiri daripada instrumen bukan jenis orkestra (non-orchestral). 

Kaedah kedua pertama kali diperkenalkan pada tahun 1914 oleh Erich von Hornbostel dan Curt Sachs adalah lebih spesik, lebih inklusif dan lebih tepat. Dengan kaedah ini, instrumen dikelaskan mengikut cara bunyi daripada instrumen itu dihasilkan. Kaedah ini menjadi rujukan kepada para pengkaji muzik (musicologist) terutamanya pengkaji muzik etnik.

Secara umumnya, kumpulan ini terdiri daripada empat kumpulan utama:

1.0    Aerofon

2.0    Idiofon

3.0    Kordofon

4.0    Membranofon

Namun terdapat satu kumpulan sampingan yang popular iaitu elektrofon. Sebarang instrumen yang bunyinya tidak dibesarkan secara elektrikal digelar instrumen akustik seperti instrumen di dalam empat kumpulan utama di atas.

Elektrofon

Instrumen yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti gitar akustik elektrik, vibrafon dan saksofon elektrik yang bukan sahaja bunyinya dikuatkan oleh komponen resonans tetapi juga dikuatkan dan diubah secara elektronik. Bermakna, sebarang bunyi instrumen yang dihasilkan melalui mikrofon, pembesar suara atau direkod tergolong dalam kategori ini.  Namun terdapat juga instrumen yang merupakan elektrofon tulen kerana bunyi dan penguatan bunyi seratus peratus oleh litar elektronik, contohnya organ elektrik, alat sintesis bunyi (synthesizer) dan theremin.

 

Ilustrasi oleh Margaret Jones

Rajah: Gitar elektrik