Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Kenong (gamelan Terengganu)

Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan aalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.

Dalam ensembel gamelan Terengganu yang mengamalkan skel slendro, terdapat 5 biji gong pada alat kenong. Gong-gong ini disusun dengan suatu posisi tertentu supaya pemain berada di tengah-tengah dan dikelilingi oleh gong-gong kenong. Animasi di bawah menggambarkan susunan alat muzik kenong.