Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Kordofon

Bagi instrumen kordofon, bunyi dihasilkan melalui getaran tali (strings). Kumpulan kordofon diklasifikasikan mengikut hubungan antara tali dengan komponen resonans. Komponen resonans memimik getaran asal dan bergetar dengan bunyi yang lebih kuat berbanding bunyi getaran asal. Sub-kategori kordofon bergantung kepada bagaimana tali pada instrumen dimainkan (contohnya dipetik atau digesek) dan jenis komponen resonans.

Rajah 1: banjo diklasifikasikan sebagai kordofon jenis kecapi yang dipetik.

Rajah 2: Harp adalah salah satu sub-kategori utama kordofon.

- Ilustrasi oleh Margaret Jones

3.1    Dalam zither, tali diregangkan merentasi komponen resonans atau di antara dua komponen resonans. Komponen resonans boleh jadi satu tiub berongga, bentuk labu, kotak berongga atau mungkin lubang di atas tanah. Sesetengahnya mempunyai ruang untuk ditekan dengan jari (fingerboards) sama ada berfret atau tidak, dan sesetengahnya mempunyai berbilang tali yang diregangkan di antara dua komponen resonans dan dimainkan sama ada dengan mengetuk tali (piano, hammered dulcimer) atau memetik tali (harpsichord or Appalachian dulcimer).

3.2    Dalam kumpulan kecapi (lutes), tali diregang merentasi komponen resonan dan mempunyai leher (neck) dan dimainkan sama ada dengan memetik tali (gitar, banjo, sape, bilikan, gambus, sundatang) atau menggunakan penggesek (violin, relab, fiddle).

 

Rajah 3: Gambus diklasifikasikan sebagai kordofon jenis kecapi yang dipetik tanpa fret.

Rajah 4: Sapeh pada asalnya mempunyai hanya 2-3 tali daripada rotan dengan panjang kurang 1 meter.  

 

Ilustrasi daripada All Malaysia.info

 

3.3    Dalam lyre, tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang dipisahkan oleh suatu ruang.

3.4    Dalam harp (seperti harp orkestra dan harp Irish), tali diregang merentasi komponen resonan kepada suatu hujung yang berbentuk seperti leher tetapi lebih kecil dan bersudut berbanding kumpulan kecapi.

3.5    Dalam kumpulan bow (kordofon berbentuk seperti busar panah), tali diregang dari satu hujung ke hujung yang lain sama ada merentasi komponen resonans atau tidak, dan dimainkan secara petikan atau dengan penggesek.

 

Rajah: Bentuk bagi sub-kategori kordofon