Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Membranofon

Dalam kategori membranofon, bunyi bermula daripada getaran membran (kulit haiwan) yang teregang merentasi koponen resonans (resonator). Membranofon di sub-kategorikan mengikut bentuk komponen resonans instrumen.

Rajah 1: bentuk tubular

 

4.1    Kumpulan tubular dibahagikan kepada bentuk silinder, kon, tong, panjang, berpinggang (seperti jam pasir), piala, dan berkaki seperti gedombak, gendang, geduk, klong.

4.2    Berbentuk seperti cerek dengan tapak yang bulat (Kettledrums,vessel drums).

4.3    Bentuk yang berbingkai dimana membran diregang merentasi suatu bingkai (kompang, rebana, tamborin).

Rajah 2: Kompang terdiri daripada bingkai dram yang dipakukan dengan kulit kambing atau lembu yang diregangkan.

- Ilustrasi oleh laman web Perpustakaan Negara Malaysia

4.4    Kumpulan mirliton dimana membran digetarkan dengan menghembus udara merentasinya. Mirliton adalah satu-satunya sub-kategori membranofon yang bukan dram.