Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

Saron (gamelan Terengganu)

Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap-type'. Bilah-bilah mewakili setiap not saron tadi disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan. Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa. Gamelan Terengganu mempunyai tiga set saron iaitu:

Saron Demung
Alat ini mempunyai oktaf paling rendah dia diantara ketiga-tiga jenis saron. Bilah-bilah bagi alat Saron Demung berukuran lebih besar tetapi lebih nipis daripada Saron Barung. Dari segi pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak. Not pada pada saron barung dipukul sekali bagi setiap rentak (beat) dengan alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.

Rajah: Saron Demung

 

Saron Barung
Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok dan cincang. Pada fizikalnya, Saron Barung menyerupai Saron Demung tetapi bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih besar daripada saron peking dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demung. Teknik 'perdam' juga digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak. Not pada pada saron barung dipukul sekali bagi setiap rentak (beat) dengan alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.

 

Saron Pekin
Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi esemble gamelan Terengganu. Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi (satu oktaf lebih tinggi daripada saron barung) dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron barung. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul tetapi diperbuat daripada tanduk kerbau dengan kepala pemukul yang runcing. Not pada pada saron barung dipukul berganda (dua kali) bagi setiap rentak.

Rajah: Saron Pekin