Make your own free website on Tripod.com

 

 

Halaman utama Ensembel Kategori Penghargaan

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan projek tapak web ini dimana saya memperolehi banyak pengetahuan tentang pembangunan laman-laman web, pengaturcaraan animasi, pengumpulan bahan-bahan dan tidak lupa juga pengetahuan mengenai instrumen-instrumen muzik tradisional.

Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak berkenaan yang banyak membantu saya:

Setinggi-tinggi penghargaaan kepada P.M. Dr. Salina Abdul Samad selaku penyelia saya bagi projek ini yang banyak memberi buah fikiran dan panduan arah tuju projek saya. Tidak dilupakan juga saudara Mohd. Ridzuwary Mohd. Zainal yang membantu dengan menyediakan bahan (sampel bunyi angklung) untuk animasi angklung, saudara Firdaus dan En. Mohd. Yusop Budin (jurulatih kelab gamelan UKM) yang membantu rakaman bunyi set instrumen gamelan.

Keluarga yang banyak memberi dorongan dan semangat yang tidak putus-putus. Jutaan terima kasih kerana memahami keadaan, dan ribuan maaf kerana tidak meluangkan cuti hujung minggu di rumah sekerap kebiasaan sepanjang tempoh masa menyiapkan tugasan ini.

Rakan-rakan yang banyak bersabar dan banyak memberi sokongan moral. Aira, Atie, Atak, Za, Chik, Badul dan lain-lain , minta maaf jarang meluangkan masa, jarang menyertai dan membatalkan program yang dirancangkan (hehe..i'm available after this..). Tak dilupakan saudara Salleh yang banyak meluangkan masa menemani di saat-saat stress menyiapkan pengaturcaraan..=)

 

 

   ikhlas, zahrati.